Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Untuk SKM Tahap 3 Operasi Makmal (M712-005-3:2019)

Ramai personel makmal telah membina kemahiran dan kompetensi yang bernilai melalui pengalaman kerja bertahun-tahun. Mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti pengujian dan analisis, kawalan kualiti, penyeliaan operasi makmal, pematuhan prosedur, pengurusan dokumentasi serta memastikan kelancaran operasi harian makmal. Namun begitu, tidak semua pengalaman dan kompetensi tersebut diterjemahkan kepada pengiktirafan profesional yang diiktiraf secara rasmi. Program ini direka untuk membantu personel mak

Description

KENAPA SKM TAHAP 3 OPERASI MAKMAL? 

SKM Tahap 3 Operasi Makmal merupakan pensijilan kemahiran yang dibangunkan berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan mengiktiraf kompetensi personel makmal yang melaksanakan fungsi operasi dan penyeliaan makmal mengikut keperluan industri. 

Pensijilan ini memberi pengiktirafan rasmi terhadap pengalaman dan kompetensi yang telah dibangunkan melalui pekerjaan sebenar serta membantu meningkatkan kredibiliti profesional, keyakinan majikan dan peluang pembangunan kerjaya. 

 

ADAKAH ANDA SUDAH MELAKSANAKAN KOMPETENSI INI?

Anda mungkin telah memenuhi sebahagian keperluan kompetensi SKM Tahap 3 Operasi Makmal sekiranya anda pernah: 

  • Mengendalikan atau menyelaras aktiviti operasi makmal 

  • Memantau pelaksanaan keselamatan, sekuriti dan alam sekitar di makmal 

  • Menyelaras aktiviti pengemasan dan penyelenggaraan makmal 

  • Menjalankan latihan dalaman kepada kakitangan 

  • Mengurus atau menyelia prestasi kakitangan 

  • Menyediakan laporan, rekod atau dokumentasi makmal 

  • Berhubung dengan pelanggan, pembekal atau pihak berkepentingan 

  • Memantau aktiviti pelupusan sisa makmal 

 

Jika anda pernah melaksanakan sebahagian daripada tugas-tugas ini, pengalaman tersebut mungkin boleh digunakan sebagai bukti kompetensi bagi tujuan PPT. 

 CABARAN YANG SERING DIHADAPI CALON PPT

Walaupun mempunyai pengalaman yang mencukupi, ramai calon menghadapi kesukaran semasa menyediakan permohonan PPT kerana tidak pasti dokumen yang sesuai digunakan sebagai bukti, kurang memahami keperluan kompetensi yang perlu dipenuhi, tidak mengetahui cara menyusun portfolio secara sistematik atau tidak yakin sama ada dokumentasi yang disediakan mencukupi untuk tujuan penilaian.
Program ini dibangunkan untuk membantu peserta mengatasi cabaran tersebut melalui bimbingan yang praktikal dan berfokus kepada keperluan sebenar proses PPT.

Course Contents

APA YANG AKAN DIPERLAJARI DALAM BENGKEL 2 HARI? 

Hari Pertama 

  • Pengenalan kepada PPT dan SKM 

  • Memahami struktur NOSS dan Competency Unit 

  • Memahami keperluan SKM Tahap 3 Operasi Makmal 

  • Mengenal pasti kompetensi berdasarkan pengalaman kerja

  • Menilai tahap kesediaan calon untuk PPT

  • Mengenal pasti bukti dan dokumentasi yang berkaitan

  • Analisis jurang dokumentasi 

 

Hari Kedua

  • Struktur portfolio PPT

  • Teknik penyusunan dokumen dan bukti kompetensi

  • Pemetaan bukti kepada keperluan kompetensi

  • Kesalahan yang sering dilakukan oleh calon

  • Kaedah mengukuhkan bukti kompetensi

  • Penyediaan pelan tindakan individu

  • Persediaan untuk Program Tutorial 2 Bulan 

Course Objectives

Selepas mengikuti Bengkel 2 Hari dan Program Tutorial 2 Bulan, peserta akan mampu:

  • Memahami keperluan PPT dan SKM Tahap 3 Operasi Makmal 

  • Mengenal pasti kompetensi berdasarkan pengalaman kerja sendiri 

  • Mengenal pasti dokumen yang sesuai sebagai bukti kompetensi 

  • Menyediakan portfolio secara lebih tersusun dan sistematik 

  • Mengurangkan kesilapan semasa penyediaan dokumentasi 

  • Merancang tindakan susulan bagi proses penyerahan PPT 

  • Meningkatkan tahap keyakinan sebelum proses penilaian

Similar events

Mandatory for anyone who installs, services, or maintains RAC systems to complete a DOE-approved CSTP training course.

More Information

Learn how to interpret f inancial statements, understand key financial concepts, and effectively communicate with finance teams.

More Information

Develop awareness of cultural differences, communication styles, values and workplace expectations to build inclusive and high-trust teams.

More Information

Non-HR managers and leaders can learn essential HR knowledge and build the confidence to handle day to-day HR responsibilities professionally and effectively.

More Information

A dynamic learning experience for both beginners and intermediate Microsoft Excel users.

More Information

This programme aims to enhance compliance, minimise tax risks, and avoid penalties through proper tax management practices.

More Information

Non-HR managers and leaders can learn essential HR knowledge and build the confidence to handle day to-day HR responsibilities professionally and effectively.

More Information

A dynamic learning experience for both beginners and intermediate Microsoft Excel users.

More Information

Learn how to interpret f inancial statements, understand key financial concepts, and effectively communicate with finance teams.

More Information

Develop awareness of cultural differences, communication styles, values and workplace expectations to build inclusive and high-trust teams.

More Information

This programme aims to enhance compliance, minimise tax risks, and avoid penalties through proper tax management practices.

More Information

Learn build real brand assets, content strategies, and marketing funnels during the programme using their own business data.

More Information

This training emphasises practical implementation including risk assessment, Business Impact Analysis, continuity planning, crisis response activation, testing exercises, and continuous BCM improvement.

More Information

This programme focuses on turning AI into a collaborative digital assistant that enhances human thinking, accelerates problem-solving, and improves workplace productivity.

More Information

This programme explores practical use cases such as recruitment support, employee engagement analysis, HR analytics, storytelling, and presentation development using AI tools.

More Information

Participants will gain the knowledge and practical skills needed to implement AI-assisted workflows that improve efficiency and enhance workplace productivity.

More Information

This programme helps participants improve workplace communication and presentation skills using the practical 5C Method to deliver clearer messages, boost confidence, reduce unnecessary meetings, and support faster decision-making.

More Information

This programme helps participants develop ownership, accountability, communication, and teamwork skills through practical tools, DISC personality insights, and real workplace applications to build a more proactive and collaborative work culture.

More Information

This workshop focuses on practical applications including Excel formulas, data cleaning, PivotTables, Pivot Charts, dashboards, and AI-supported analysis to improve reporting productivity.

More Information